Pages

January 24, 2011

Twitter

sekarang ni social networking sites yang paling femes of coz la twitter & facebook kan..
facebook dah memang hari2 aku ngadap..almost 24hr kot aku online fb..
tapi online jela..tuan empunya fb entah kemana..^.^

sebenarnya yang aku nak story kat sini pasal twitter..
dengan logo burung yang comel!
aku create account twitter tapi SANGAT jarang "tweet tweet"..
orang lain tweet tweet lebih dari 10x kot sehari..aku plak tweet 3 or 4 hari skali jek...
apa guna create account twitter kan..hohoho
malas nak tweet tweet ni bukan apa sebab tak ramai follower pun..
aku sendiri pun tak tau siapa antara kawan2 aku yang ada acc. twitter..LOL
aku juz follow artis2 jek..seronok baca tweet artis2 ni..hehehe
artis memang sangat RAJIN tweet tweet..timeline aku almost every minute ada jek tweet baru..
followers takkan ketinggalan la kemana artis kesayangan dorang pergi & apa aktiviti terbaru dorang...
yang paling best baca tweet tweet artis borak sesama artis & orang industri..
nampak dorang sangat rapat..siap bergurau senda lagi..
bagus jugak twitter ni kan..yela artis masing2 bz dengan aktiviti seharian so twitter dah macam medium penghubung antara artis sesama artis dan juga peminat2...^_^

kawan2 yang ada acc. twitter boleh la klik sini utk follow me ok... =)

January 23, 2011

belogku berwajah baru =)

aishhh datang balik dah penyakit susah tido aku ni..dah sejam pejam mata pun still tak tido lagi..=.="
penat golek2 tak tido2 jugak last skali bagun bukak laptop..hahaha
bukak facebook kawan2 pun semua dah tido..nak layan drama korea tak mood pulak..
adehhh bosannya..
then bukak blog tapi tak tau nak buat apa..hahaha
nak update entry baru pun tak da idea...
tiba2 rasa nak explore design blog..hehehe..so bermula lah aktiviti meng'explore' design blog sendiri...hohoho
try punya try then dah pandai skit2..
best jugak design blog sendiri ni..bleh letak kaler sesuka hati...^_____^
sangat childish tapi seronok...hehehe

ni lah hasil 'explore' aku utk malam ni..
sekarang blog aku dah berwajah baru...weeeeeeeeeee...i loike

January 19, 2011

waiting for february..

argghhhh lambatnya nak tunggu februari!!!..kenapa la lambat sgt tarikh aku start kerja..
dah penat makan tdo makan tdo je ni...*sigh
sementara tnggu nak start kerja ni aktiviti aku hari2 sudah semestinya layan drama korea..hehehe
daripada celik mata(pagi) sampai la pejam mata(pagi jugak..lol) laptop aku duk tayang drama korea je..=)
layan drama korea sampai lebam..weeeeeeeeeeeeeee
aku tak pernah bosan tengok drama korea even aku dah tgk drama yg sama 3,4 kali..hohoho
mmg la kalau dah drama tu sgt best tgk 10 kali pun blom tentu aku bosan...and aku still menangis tgk scene yg sama..adehhh
terlalu kuat pengaruh drama korea aku ni..hahaha
pelakon korea yg paling aku minat ialah...
.
.
.
tadaaa

LEE JI HOON        &                SONG HYE KYO

OMG lee ji hoon super comel!!! im totally in luv wif him..nak bf macam dia boleh??? ;p
song hye kyo pun sgt comel..both of them rily COMEL!!!!

ok la tak nak celoteh panjang2..nak cont tgk drama korea...=)

January 5, 2011

seharian di J.CO Donuts..


sepanjang hari aku, wardi & siti lepak di J.Co Donuts meng'edit' pics wedding..lepak smbil makan plus online mmg terbaik..hehehe(hancus diet aku harini)..huhu
J.Co yogurt..nyum2
ok start buat kerja..muka serius jek..huhu

then dah mula bosan..


pose syok sendiri tak penah lupa..hahaha

 

 sebelum balik kami singgah makan ikan bakar dulu kat hammer bay..
perghhh mmg sedap la makan ikan fresh..

tinggal tulang jek..

burrppp...Alhamdulillah

p/s: klik pd pic utk besarkan(enlarge)...;)

January 4, 2011

hello 2011!!!


pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru pun..
pheew..cepatnya masa berlalu..
setiap kali tahun baru mesti ada je azam baru..2011 ni apa plak azam aku ek..ermmm...
disebabkan aku dah abes blajar so azam aku tahun ni nak bina kerjaya..
nak jadi wanita yang bekerjaya & nak kumpul "assets"..cewahhh

new year kali ni sama je dgn tahun2 sebelum ni seperti biasa aku tak penah pun sambut so duduk umah mengadap tv jek..huhu

malam new year kali ni aku tido awal sebab nak simpan tenaga utk aktiviti keesokan hari..
pagi 1 januari seawal 7.30 pg aku & crew taktih lens dah bergerak memulakan aktiviti kami..
aktiviti apa?? hehehe..wedding photographer..
aku bukan photographer pun just crew taktih lens jek..
tugas aku assist photographer taktih lens..satu pengalaman baru bagi aku..
bekerja dari pagi sampai la selesai majlis..pheww..penat wehh..tapi sangattt besttt..

akad nikah + majlis sebelah perempuan pd 1hb januari & majlis pihak lelaki pd 2hb januari..
terima kasih kpd kedua-dua keluarga pengatin atas layanan baik pada semua crew taktih lens..
dan tak lupa juga selamat melayari bahtera rumahtangga buat siti zainab & saifulrizam..

.
.
.
.

ni la pic crew taktih lens yg sempat di snap..

outdoor session wif pengantin..

ok dah start gila..
dah abes keja lepak minum kat warung jap..
buat2 comey plak..hahaha

 ....the end....

December 30, 2010

cholesterol again...


today i've done blood test to determine my cholesterol level..
and the result quite shocking bcz my cholesterol level above the normal level..OMG!!!

igtkn badan kurus kolesterol rendah..amik kau!!..(padan muka aku)
fuhh..what can i say bcz result blood test takkan menipu..terima saja la..
so ni la akibatnya bila tak penah nk jaga makan..tu la time mkn mmg best..main bedal je semua..fast food once a week mmg wajib..mcm mana la kolesterol tak bertambah cik oii..

baru sekarang sedar pentingnya jaga makan..*sigh*
aku diberi 2nd chance utk buat retest within 2 weeks..so lepas ni kena btol2 diet & senaman la..
no malas2 lagi(argghhh)..

ok from now on i should diet utk tak tambahkan kolesterol dlm badan & bersenam utk bakar kolesterol dlm badan..yeay!!!..(seronok ke???)

no more fast food and junk food for 2 weeks..eat more veggies and fruits..
vegetarian la nampaknya aku selama 2 minggu ni..huhu..takpe utk kesihatan jgk..(nak sedapkan hati)..tp mmg btol pun..dah mmg tau cuma malas nk ikut jek..

ermm boleh berjaya ke aku nak capai tahap kolesterol normal dlm masa 2 minggu ni..
mcm impossible jek..ok jgn putus asa lg..belum cuba belum tau..

i'll try my best..aja..aja..fighting!!!


December 28, 2010

kolesterol oh kolesterol


Alhamdulillah finally dpt offer kerja..
syukur sgt cz tak menganggur terlalu lama..tak lama pun 2 bln la jgk lepak kt umah..
thanx kpd semua yg byk bg sokongan especially my family..

ok done wif offer kerja..
sebelum ni tak penah ambil kisah pun pasal kolesterol..yela badan dh kurus mesti la mind set 'kolesterol aku mesti normal punya'..

then dpt tau medical check-up utk kerja ni nnt ada ujian kolesterol & the best part is kolesterol tak boleh lebih dari tahap kolesterol normal..OMG

so dah mula panik..tahap kolesterol aku normal ke??? dah la tak penah buat ujian kolesterol..
then sibuk la google nak tau tahap kolesterol normal & info yg aku baca mengatakan tahap kolesterol normal adalah kurang daripada 200mg/dl...
if lebih dari tahap ni risiko dapat penyakit koronari meningkat terutama jika bacaan kolesterol 200mg/dl ke 239mg/dl..

lepas dh tau tahap kolesterol normal sibuk la pulak google makanan kurang kolesterol..so nk kongsi la skit info yg aku dpt..

10 JENIS MAKANAN ANTI-KOLESTEROL 

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi
3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan
5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

*let's have a healthy lifestyle*